Dec 20, 2005

Jurnal Fasilitator: "Tisu dari Morib"


Jejak ilmu diteruskan. Training untuk fasilitator di bawah nama Akademi Fasilitator, anjuran pihak konsultan. Turut bersama, sahabat akademi 1, 2 dan 3 termasuk ahli keluarga terbaru AF 4. Latihan di Kem El-Azzhar, Morib minggu lepas.

Jumaat-Tangga Firaun(hehe..) Tangga Besar UIAM

Aik, cuma Daush, Siddiq, Syam je yang kelihatan. Ah, Leh pun ada. Tak lama..adik-adik sister turun ramai-ramai sertai kami. Ah, tak sabar betul nak melihat kesemua yang akan pergi ke Kem berkumpul. Agak ramai. Kak Gee, trainer kesayangan pelajar AF (kata Abg Ajeeb) akan bersama kami. Erm, kami lebih 20 orang rasanye :)

Alhamdulillah, kami usai berkumpul dan menaiki teksi ke stesen Putra LRT. Destinasi kami: Pasar Seni

Erm..Bas ke Banting tak kelihatan. Solat dulu. Erm..kena bertanggungjawab jugak dalam kembara ni sebab aku antara senior yang bersama Kak Gee untuk memantau perjalanan kami. ALONG..hehe.

Err, tak lama pas budak-budak ni naik solat, bas ke Banting datang. Aiyyok, guano ni. Peh, kelam kabut kami nak berkumpul semula. Last sekali, Kak Gee kena stay tunggu Yahya dan Leh, yang masih tak kelihatan. Bas bertolak. Rupa-rupanya baru aku tahu yang waktu bas nak bertolak tu, Yahya dah hampir ke tempat kami berkumpul. Apa nak buat..bas bertolak tanpa kami sempat nak jerit "Pakcik, berenti! Kawan kami blom naik lagi.." huhu. Kak Gee tunggu bas berikutnya.

Berdiri dalam bas. Perjalanan akan mengambil masa 2 jam. Aduh! Aku diteman Siddiq, Syukor, Syam, Din sama berdiri. Kat side belakang, ramai gak team AF yang turut berdiri. Syuk hampir landing ke lantai bas bila terlepas pegang kerusi bas. "Nasib baik awek kat belakang tak nampak" katanya sambil senyum malu..hehe.

Siddiq pulak asyik benar bercerita ttg kawasan Klang bila kami tiba di sana. Yelah, budak Selangor@KISAS :) Jadi pemandu pelancong. Ehehe..sekali tangan Siddiq terbuat pusingan 90 darjah aku kira. Aduh, nasib baik tak jatuh. Sakit pinggang katanya sebab tergeliat..heh!

Alhamdulillah, kami sampai ke Banting dan tukar bas ke Morib. Bas tiba ke Kem dalam jam 7.30 malam.

Kem El Azzhar, Morib-7.30pm

Terus ke Astaka. Eh, sunyi je. Laut pun tak pasang lagi. Di surau kelihatan jemaah sedang menunaikan solat. Sementara adik-adik naik solat, aku masuk ke dapur kem. Aha, jumpa semula dengan kawan-kawan lama (lama?? hehe) Pen, Wan, Lias, Jiji..mereka ni pembantu kat kem. Jumpa dan kenal semasa program yang lepas.

Kak Gee, Leh dan Yahya tiba dengan teksi. Bincang dengan Kak Gee tentang makan malam kami. Erm, Abg Zaki: CEO@ konsultan kanan merangkap bos kami, tak sampai lagi. Lastly, kena masak makan malam. Apa lagi, semua pun masuk ke dapur. Sediakan apa-apa aja untuk memenuhi tembolok kami. Mekasih la Udi sebab bagi permission guna dapur dan segala.

Mujur dah abis training jadi boleh lah sama membantu jika ada sebarang pertolongan yang bisa diberi. Aha, misi utama hadir adalah untuk menjadi IRON CHEF bersama kawan-kawan yang dah grade dari akademi. Kena masak..hehe. Malam pertama, duduk bersama AF4, LKK 1 bermula. Taaruf. Mind Setting. Abg Ajeeb selaku pengetua AF bagi briefing ringkas namun padat. Training dijalankan umpama peserta program sebenar.

Aku dikeluarkan dari segala syarat dan disiplin yg ditetapkan. Antara syaratnya, jam dan henpon kena diserahkan hingga training selesai. Ermm..dah faham :) Pulang ke banglo, kediaman untuk kami melepaskan lelah setelah penat seharian.

Kem El Azzhar, Morib-6.15am

Ah, mengantuknya. Tapi kena juga gegas ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Air laut kedengarn menghempas dan menderu di Subuh hari. Ah, gembira tengok sahabat-sahabat santap sarapan yang kami sediakan. Duduk dengan orang dapur, bincang bahan makanan. Again, mekasih Udi sebab tolong belikan apa yang kami perlu. Mekasih gak kat Jiji :)

Kemudian, nampak Abg Zaki yang tak berapa sihat. Huh, nape gaknye?? Menuju ke Banglo tempat LKK 1 diadakan. Meneruskan tugasan Abg Zaki, sekadar diskusi ringan sebelum Abg Ajeeb menggantikan. Sediakan makan tengahari. Alhamdulillah, puas hati sebab dapat menunaikan tugasan. Dengan Nun :)

Ouh, kenapa tak teringatkan kawan-kawan dapur. Maaf ya..(memang tak boleh dimaafkan kot) Dapat bau je, ye tak Jiji?? Hem..sorry again. Tak teringatkan nak lebihkan food. Aduh, bersalah betul. Biar along lakar semula kemaafan dalam blog ni. Maaf bebanyak. Moga tak buat lagi di lain kali.

Petang, bantu sedikit orang dapur sediakan makan malam. Bertuahnya sebab Cik Nab, Cik Uji sudi bantu sediakan makan malam kami. Tak duduk lama, aku join team AF ke pantai. Aha, ada aktiviti di sana. Eh, Yaa ade. Hehe..main pasir bersama. Tak salahkan?? Udin, Ya..kami bertiga berlari ke jeti. Haha..tengok orang mandi laut, tengok kawan-kawan main dalam air. Cuba cari kalau-kalau ada ikan jaws lalu.. hehe. Yaa..yaa :) Mana ada ikan jaws kat situ sayang. Abislah nanti kawan-kawan along kena makan :)

Malam. Aduh, tersentak emosi sebentar. Keras hati ni, terus tinggalkan dewan makan. Setengah jam, bersalah pula rasanya sebab ikutkan hati, pasti akan menyusahkan orang mencari. Aku masuk semula ke dewan, tarik nafas dalam. Senyum. Kami ada Malam Kesenian Islam. Aku dah di laras minda sebenar. Terima kasih Tuhan.

Apa-apa aje..lakonan mantap dan berkesan dari AF 1. Walau tempoh bincang kami tak sampai 5 minit, aku kasi respek pada kawan-kawan AF 1-Elias, Ezrin, Ayu dan Nun. Alamak, sedikit 'accident'..cerita kami yang bakal digantungkan endingnya..benar-benar tergantung. Memang tak disengajakan bila 'accident' sebegitu terjadi. Malu, malu..tak payah kot untuk aku ceritakan. Yang penting ia buat aku dan Ayu lari masuk tandas dan tergelak besar. Hehe..tandas??

Banglo no.11-2.00am

Tak tidur lagi. SMS diterima dari Wan dan Saufi. Terima salam selamat dari Wan. Mekasih :) Ada yang mengambil berat tetang diri ini rupanya:) Aha, tak lupa terima sms dari kesayanganku Mira. Kita bincangkan nanti ttg pkara itu ya, Mira :) Eh, Mira..along dah jumpa majalah I tu. Jumpa dah Bro Zamri :)

Dewan Makan 6.00am

Terpacak sendiri. Air laut menghempas garang. Ah, kelibat team Makcik Nab buat aku tersenyum. Pak Lang jenguk kami :) Tolong potong itu dan ini dengan Ezrin dan Nun. Duduk main air bersama periuk. Sakit pinggang terbongkok-bongkok..hehe. Tapi, seronok. Tulah, dah lama tak buat keja umah. Duduk kat kerusi dengan komputer je kejanya :)

Peh, lewat nanti. Terus ke banglo untuk bersiap. Ada slot yang perlu dilaksanakan. Kepit tafsir dan modul. Sedikit homework dan diskusi dibuat bersama Abg Ajeeb masa sarapan. Bagai tak percaya kena buat tugas yang Abg Zaki selalu buat. Tahu, tak layak nak deliver slot pengisian seperti yang dilakukan oleh jurulatih, namun..tak salahkan mencuba??

Senyum. Tenang. Bila rasa dah ok, aku langkah ke jeti. AF4 dah sedia untuk LKK seterusnya: Konsep Nikmat Allah.

Walau ombak mengganas pagi tu, sesi berjaya kami selesaikan. Kerjasama yang baik dari sahabat semua. Soal jawab, bertukar fikiran dan cerita. Sambil berselang dengan rehat dan sedikit permainan, tak sangka aku berjaya sudahkan amanah yg diberi. Syukur. Abg Zaki tiba dan aku gegas ke dapur. Masak wooii!!

Makan tengahari, dan kami bersalam serta berselawat. Ada yang menangis, tak tersangka akan memikul satu tanggungjawab baru sebagai fasilitator AF. Ya, seperti yang aku pernah rasa seawal dulu. "Kita bersama.." Itu janji kami, demi usaha da'wah yang digalas pada setiap khalifah di muka bumi.

Bersiap, bergambar..Yaa jerit di tepi jeti "Along..along..jom main pasir" Aduhai..tak tergamak mengecewakan si comel. Ajak bergambar, Yaa memang suka. Tinggalkan segala. Manis dia tersenyum..tunggu flash camera menerjah kulit muka.

Sempat mengambil gambar-gambar program di komputer. Komputer di rumah Ibu. Kawan-kawan AF dah berjalan ke tepi jalan menuggu bas. Aku seorang. Aduh..panik. "Rileks lah Along, bas lambat lagi tu.." -Abg Zikri.

Terus berlari keluar dari kem. Syukur, Ezrin dan Kak Gee setia menanti. Alahai, mana pulak perginya telefon. Gubra jadinya. Nah, khusnu dzon, mungkin ada dalam beg dan beg dalam keta Dzul. Hek eleh, ingat kan dah naik bas. Rupa-rupanya, kawan-kawan AF masih lagi di tepi jalan. Kasihan, bas belum tiba. Betul kata Abg Zikri..hehe. Duduk berborak dengan Fatimah, Afid dan DJ. Seronok di hujung mata. Tak sangka yang training sudah berakhir. Kami akan kembara semula, beramai-ramai pulang ke Taman Ilmu dan Budi.

Naik bas, ada 3 orang tak dapat duduk. Tak lama, ramai yang dah menutup mata. Letih, ngantuk dan segala. Aku pun tertidur sebentar. Kasihan, ada kawan AF yang kena lepak di tangga bas sbb tiada tempat duduk . Tiba di Kuala Lumpur semula. Ah, ada yang masih nak berlibur, tak mengapa aku dan selebihnya ke Stesen PUTRA. Terus ke UIA.

Tak kering gusi berborak dengan Solah. Ada je yang menyuntik ketawa kami. Alhamdulillah, sampai jua ke UIAM. Masuk sebentar ke cc, sempat berborak dengan sahabat yang jauh :) Naik ke bilik, sempat terlena, dan turun ke bus stop. Dzul hantar beg. Mekasih dik :) Aku..kembali semula ke bilik.

Bilik-8.00am UIAM

Dalam senyum dan hati berbunga. Lelah mungkin dah berkurangan. Bersiap ke kelas jam 9. Sandal aku keluarkan dari beg, dan terlihat sehelai tisu warna merah turut bersama aku bawa pulang dari kem. Senyum.

Sehelai tisu, sebuah kenangan dan seribu kemanisan. Syukran 'ala kulli hal, maaf jua atas segala kesilapan. Untuk pelajar Akademi Fasilitator, kita jumpa Khamis nanti. Untuk semua yang terlibat sama, keluarga di Morib..terima kasih. Ada masa, kita bersua lagi. Err..mekasih sekali lagi kat Udi. Finally :)

2 comments:

Fahmi Mahat said...

jihad tak pernah kenal erti penat
jihad tak pernah kenal erti kalah
dalam jihad fi sabilillah
qasad menjalinkan rabitah,
mengerat ukhuwwah,
mengikis mazmumah,
menyubur mahmudah...

andai jihad ini jalannya dekat, dan mudah, sudah tentu ramai pengikut,
tapi jalan ditaburi duri dan onak tajam menikam, (attaubah)
...
tetaplah dalam perjuangan,
sementara nyawa masih di tenggorokan,
dan nafas belum tertahankan...

semoga nama dicatat Ridwan,
semoga menikmati haruman Raihan,
Salsabila mengalir tidak berhentian,
Dan mati Syahid itu adalah impian...

Mentor_ulung said...

thanks bro..wut a wonderful phrases :) minta nasihat selalu dari tintamadani :)